MCMC AMBIL TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG KANDUNGAN DISYAKI MENGHINA YANG DI-PERTUAN AGONG

CYBERJAYA, 12 Oktober 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pihak Meta, selaku penyedia platform Threads, berhubung penyebaran imej Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang telah disunting dengan unsur penghinaan dan dimuat naik di platform berkenaan.

Susulan itu, kandungan berkenaan telah diturunkan, manakala akaun terlibat turut disekat daripada diakses. MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak penyedia platform bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa yang sama, MCMC sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap penghasilan dan penyebaran kandungan tersebut. Tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui fungsi pelaporan pada platform Threads, Portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Arahan : Dari berita ini buat poster. Masukkan logo jendela madani dan ayat sorotan berita jendela madani. Masukkan logo MCMC
Buatkan poster berwarna biru cerah dan putih krim.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *