
9 Oktober 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkukuh keselamatan identiti rakyat melalui pengenalan MyKad generasi baharu yang dilengkapi 53 ciri keselamatan, berbanding hanya 23 sebelum ini. Penambahan 30 ciri keselamatan ini merupakan langkah penting Kerajaan MADANI dalam meningkatkan perlindungan dokumen pengenalan diri serta membendung risiko pemalsuan dan penyalahgunaan identiti.
βKeselamatan identiti rakyat adalah keutamaan KDN. MyKad generasi baharu diperkukuh dengan teknologi keselamatan lebih maju bagi memastikan dokumen pengenalan diri rakyat terus dilindungi daripada ancaman pemalsuan.β
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Antara penambahbaikan keselamatan yang diketengahkan termasuk hologram keselamatan dinamik, tetingkap lutsinar (transparent window), kod QR penguatkuasaan serta cip antara muka dwi fungsi yang menyokong teknologi sentuhan dan tanpa sentuhan (NFC).
Transformasi ini bukan sekadar pembaharuan fizikal MyKad, malah mencerminkan komitmen berterusan KDN menerusi JPN dalam memperkukuh integriti sistem pengenalan diri negara, melindungi maklumat identiti rakyat serta memastikan dokumen pengenalan diri kekal selamat dan diyakini.
IDENTITI RAKYAT DILINDUNGI, KESELAMATAN NEGARA DIPERKUKUH!
