
Kerajaan MADANI mengambil pendekatan berfakta, teratur dan berhati-hati dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk etnik Rohingya.
Berdasarkan rekod semasa yang dijelaskan di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang ke Myanmar. Perkara berkaitan Rohingya kekal dalam perbincangan dan akan terus dibangkitkan melalui saluran diplomatik bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai.
“Setakat rekod semasa, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang. Kerajaan akan terus menggunakan saluran diplomatik untuk mencari penyelesaian yang terbaik, teratur dan bertanggungjawab.”
— YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Pendekatan ini memastikan setiap langkah Kerajaan dibuat berdasarkan fakta, rundingan serta pertimbangan keselamatan dan kemanusiaan.
Pada masa sama, Kerajaan meneruskan engagement dengan Myanmar bagi menangani isu ini secara menyeluruh. YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa isu Rohingya akan terus dibangkitkan dalam pertemuan dengan kepimpinan Myanmar supaya ruang penyelesaian dapat diteroka secara berterusan.
Ketepatan fakta. Diplomasi berterusan. Penyelesaian teratur.
Keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan Kerajaan.
Sumber: PERTANYAAN YAB PERDANA MENTERI, DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS, 6 Oktober 2026.
