YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA TAHUN 2026 KEPADA 150 PENERIMA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) Tahun 2026 di Istana Negara, hari ini (6 Oktober).

Hadir sama, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan Jeneral Tan Sri Haji Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir, Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut dan Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.

Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Jeneral Tan Sri Haji Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera dan Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat.

Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada General Ukris Boontanondhat, Panglima Angkatan Tentera Thailand; Rear Admiral Sean Wat, Panglima Tentera Laut Singapura; Brigedier Jeneral (U) Haszahaidi Ahmad Daud, Panglima Tentera Udara Diraja Brunei dan Leftenan Jeneral Arthur Mirasol Cordura, Panglima Tentera Udara Filipina.

Pada istiadat berkenaan juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 22 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 30 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 49 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) melibatkan 43 penerima.

Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan ATM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *