Trio Saintis AS-Jerman Menang Nobel Perubatan 2026

STOCKHOLM, 6 Oktober — Tiga saintis dari Amerika Syarikat dan Jerman dianugerahkan Hadiah Nobel Perubatan 2026 atas penemuan yang memperluas pemahaman mengenai fungsi otak dan sel saraf.

Penerima ialah Karl Deisseroth, 54, dari Amerika Syarikat serta Peter Hegemann, 71, dan Georg Nagel, 73, dari Jerman.

Ketiga-tiganya diiktiraf atas penemuan “suis molekul bagi sel saraf” menerusi teknologi optogenetik, yang menggunakan cahaya untuk mengawal aktiviti sel saraf.

Teknologi itu membolehkan penyelidik menghidupkan atau mematikan rangkaian saraf tertentu bagi mengkaji mekanisme ingatan, emosi, ketakutan, pembelajaran dan pergerakan.

Penemuan berkenaan turut membuka potensi kepada pembangunan rawatan baharu untuk penyakit neurologi dan psikiatri seperti Parkinson dan epilepsi.

Hegemann dan Nagel menemui protein sensitif cahaya dalam alga, sebelum Deisseroth mengaplikasikan teknologi itu pada sel saraf tikus untuk dikawal menggunakan cahaya.

Ketiga-tiga penerima akan menerima pingat emas, diploma serta hadiah wang tunai AS$1.2 juta pada 10 Disember ini.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *