TEMPOH AKHIR PAMERAN SYOR DAN REPRESENTASI TERHADAP KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN (KSP) BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK KE-7

  1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa pameran syor bagi Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak Ke-7 yang sedang dilaksanakan mulai 1 September 2026 akan berakhir pada jam 5.00 petang (waktu pejabat), 30 September 2026 (Rabu) ini.
  2. Sehubungan dengan itu, apa-apa representasi sama ada bantahan atau sokongan terhadap pameran syor tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR dan dihantar secara dalam talian (online) melalui pautan https://myst.spr.gov.my atau dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum atau pada masa yang dinyatakan seperti di atas.
  3. Representasi yang lengkap juga boleh dihantar secara serahan tangan ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak seperti alamat berikut:

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak
Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93728 Kuching, Sarawak

  1. Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan mengemukakan representasi berhubung Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-7, orang ramai boleh hubungi Hotline KSP Sarawak di talian 082-254 233 atau e-mel ke ksp@spr.gov.my.

DATUK KHAIRUL SHAHRIL BIN IDRUS
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
29 September 2026

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *