Sarjan Mejar Didakwa Terima Suapan RM2,400

KUALA TERENGGANU, 30 September – Seorang Sarjan Mejar polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,400 sebagai balasan membocorkan maklumat awal berkaitan operasi atau serbuan polis.

Tertuduh, Roslee Mamat, 43, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Setiu, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Suapan itu didakwa diterima antara RM400 hingga RM1,000 pada Oktober dan Disember 2022 bagi membolehkan seorang individu mengelak daripada ditangkap.

Roslee didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda.

Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan beberapa syarat termasuk melapor diri setiap bulan kepada SPRM.

Kes disebut semula pada 27 Oktober 2026 bagi serahan dokumen.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *