
KUALA LUMPUR, 29 September – Sebanyak 14 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 pagi ini.
Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 165, diikuti Batu Pahat (160) dan Nilai serta Samarahan (159).
Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (157), Kota Tinggi (156), Tangkak (154), Port Dickson (149), Putrajaya (138), Alor Gajah (135), Kluang (128), Sri Aman (126), Klang (125) dan Rompin (122).
Sebanyak 26 kawasan pula mencatat kualiti udara sederhana, manakala enam stesen berada pada tahap baik.
IPU: 0–50 baik | 51–100 sederhana | 101–200 tidak sihat.
