Putera Harry gesa AI dibangunkan secara selamat dan telus

NEW YORK, 24 September – Putera Harry menggesa syarikat kecerdasan buatan (AI) mengutamakan keselamatan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pembangunan teknologi berkenaan.

Berucap pada Inisiatif Global Clinton di New York, beliau memberi amaran agar perkembangan AI tidak bergerak lebih pantas daripada kemampuan manusia untuk memahami dan mengawalnya.

Putera Harry berkata lebih 1,300 pekerja syarikat AI terkemuka telah menyokong kenyataan yang menyeru supaya pembangunan teknologi itu boleh diperlahankan sekiranya risikonya tidak lagi dapat dikawal.

Beliau turut menggesa pembangunan AI memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh, dengan melibatkan golongan muda dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dalam proses membuat keputusan.

β€œKita tidak seharusnya berlumba-lumba merentasi sempadan baharu hanya kerana kita mampu berbuat demikian,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *