
KUALA LUMPUR, 23 September – Pusat Autisme pertama kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan beroperasi rasmi pada 1 Oktober ini, menyediakan pendidikan, terapi serta sokongan keagamaan dan kerohanian kepada kanak-kanak autistik.
Seramai 65 kanak-kanak telah mendaftar setakat ini. Pusat berkenaan turut menyediakan latihan kepada ibu bapa serta kemudahan seperti ruang bermain, kedai gunting rambut dan laman terapi.
Pusat itu dibangunkan MAIWP bersama PANDAI menerusi dana zakat sebanyak RM450,000, termasuk RM398,500 untuk pembangunan fizikal dan RM51,500 bagi pelaksanaan program.
