🚨 “Sewa akaun, kami bayar komisen!”

WASPADA DENGAN SCAM

Nampak seperti cara mudah untuk mendapatkan wang? Hakikatnya, ia mungkin merupakan jerat akaun keldai.

⚠️ Akaun bank dan e-Wallet adalah tanggungjawab pemilik akaun. Menyewakan, meminjamkan atau membenarkan pihak lain menggunakan akaun anda boleh menyebabkan anda terlibat dalam aktiviti jenayah tanpa disedari.

✅ Jangan serahkan kad ATM, PIN atau akses perbankan kepada orang lain.
✅ Jangan sewa akaun bank atau e-Wallet walaupun dijanjikan komisen lumayan.
✅ Jangan menerima atau memindahkan wang daripada sumber yang tidak diketahui.
✅ Sentiasa semak dan pantau transaksi akaun anda.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Ingat, akaun anda tanggungjawab anda. Jangan kerana komisen kecil, anda menanggung risiko yang besar.

ONSA #KementerianDalamNegeri #JanganKenaScam #KenalSebelumKena

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *