
KUALA TERENGGANU, 19 Sept (Bernama) — Seorang kontraktor pembinaan berusia 59 tahun kerugian RM144,781.21 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto yang diperkenalkan seorang wanita dikenali menerusi TikTok.
Mangsa membuat 14 transaksi ke 11 akaun bank antara 4 Ogos hingga 9 September selepas dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
Mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas gagal mendapatkan semula wang serta keuntungan yang dijanjikan, manakala wanita berkenaan turut gagal dihubungi.
Mangsa membuat laporan polis pada 18 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
