
Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama strategik PETROS-PETRONAS.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PETRONAS akan terus diperkasa sebagai syarikat nasional dan antarabangsa, manakala keupayaan PETROS sebagai syarikat milik Sarawak akan turut diperkukuh.
Beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersetuju memuktamadkan prinsip asas rundingan serta menyegerakan perjanjian komersial PETRONAS-PETROS bagi menyelesaikan isu berbangkit.
