Vesel Nelayan Asing Diklon, 14 Kru Vietnam Ditahan

PASIR PUTEH, 14 September – Maritim Malaysia Kelantan menahan sebuah vesel nelayan asing yang diklon menyerupai bot tempatan bernilai RM400,000 serta 14 kru warga Vietnam di perairan Kelantan, Ahad.

Vesel itu ditahan kira-kira 85 batu nautika timur Muara Tok Bali selepas cuba melarikan diri ketika diarahkan berhenti.

Pemeriksaan mendapati kesemua kru berusia 17 hingga 49 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala vesel gagal mengemukakan lesen dan dokumen sah.

Turut dirampas hampir satu tan hasil laut.

Siasatan mendapati vesel berkenaan sengaja diubah suai dan diklon menyerupai bot tempatan sebagai teknik penyamaran untuk mengaburi pihak berkuasa.

Kesemua kru, vesel dan hasil rampasan dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *