PKR perkukuh pentadbiran, jentera hadapi PRU

KOTA KINABALU, 10 September – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan parti itu memperkukuh pentadbiran di peringkat Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar kerajaan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, PKR perlu memperkemas gerak kerja serta memperkukuh kesatuan anggota, termasuk persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, PKR Sabah akan terus memainkan peranan penting dalam membawa suara rakyat serta menyokong agenda reformasi.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah bagi membincangkan isu semasa dan kepentingan kesejahteraan rakyat Sabah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *