Ratusan penerbangan UK dibatalkan akibat gangguan teknikal

LONDON, 9 September – Sebanyak 425 penerbangan dari dan ke United Kingdom (UK) dibatalkan berikutan masalah teknikal yang menjejaskan perkhidmatan kawalan trafik udara negara itu.

Lapangan terbang utama termasuk Heathrow, Gatwick, Liverpool, Birmingham dan Edinburgh antara yang terjejas.

Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara Britain (NATS) memaklumkan masalah berkenaan sudah dikenal pasti dan sistem mula dipulihkan, selain bekerjasama dengan syarikat penerbangan serta pengendali lapangan terbang bagi melancarkan semula operasi.

Setiausaha Pengangkutan Britain, Heidi Alexander, memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dan menasihatkan mereka menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Gangguan serupa sebelum ini turut menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan secara besar-besaran di UK.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *