Daftar e-Konsular Untuk Keselamatan Anda

8 September 2026

Perkembangan yang berlaku di seluruh dunia mutakhir ini, ekoran bencana alam dan situasi geopolitik, meningkatkan keperluan rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam sistem e-Konsular Kementerian Luar (KLN) bagi memaklumkan keberadaan mereka.

Sebagai contoh, ketika banjir besar berlaku di Nepal bulan lepas, maklumat mengenai rakyat Malaysia hanya diperoleh daripada waris di tanah air dan agensi pelancongan yang digunakan rakyat Malaysia untuk ke negara itu.

Sistem e-Konsular membantu pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia menyalurkan bantuan dengan lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Pendaftaran boleh dilakukan di https://ekonsular.kln.gov.my/login atau muat turun aplikasi e-Konsular melalui kod respons pantas (QR).

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *