Anwar perlu kekal PM hingga tamat penggal

PUTRAJAYA, 6 September – Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Parlimen bagi memastikan agenda reformasi Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Anwar masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan tiada keperluan untuk pilihan raya lebih awal.

Katanya, baki kira-kira 15 bulan tempoh Parlimen wajar dimanfaatkan untuk melaksanakan reformasi, termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di sini, hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *