
5 September 2026
IPOH – Seramai 175 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Mahir di tiga lokasi sekitar Bercham, selepas pemeriksaan terhadap 305 pekerja.
Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan imigresen, termasuk bekerja tanpa dokumen atau permit sah serta menggunakan permit yang tidak sepadan dengan syarikat tempat bekerja.
Operasi yang bermula kira-kira 7 malam itu membabitkan sebuah kilang papan, kilang sarung tangan dan medan selera.
Majoriti yang ditahan merupakan warga Bangladesh, selain warga Myanmar dan Vietnam.
