KESUMA perkukuh kerjasama buruh ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Malaysia terus memperkukuh kerjasama perburuhan ASEAN menerusi penyertaan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM Ke-29) di Bangkok, Thailand.

Mesyuarat bertemakan ‘Advancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognition’ memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran, cabaran pasaran buruh serta masa depan pekerja dalam menghadapi perubahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkukuh perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan produktiviti bagi memastikan tenaga kerja ASEAN kekal berdaya saing.

Menurut KESUMA, penglibatan Malaysia mencerminkan komitmen untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk agenda perburuhan ASEAN yang responsif terhadap perubahan serta melindungi kepentingan pekerja.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *