PESANAN PMX25 Ogos 2026

Perkongsian dari FB PMX:

Alhamdulillah, saya dan Azizah pagi ini hadir dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Saya singgung kepentingan cabaran menghayati sebarang sambutan bukan semata-mata perarakan dan acara, namun lebih dari itu sambutan hanya bermakna sekiranya kita dapat menyuntik semangat baru dengan bukan kekal tahap lama. Oleh dengan itu, risalah dan keteladanan yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi panduan bagi umat Islam agar menjadi contoh terbaik dari pelbagai dimensi untuk menonjol wajah Islam yang rahmah dan punya wibawa.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tokoh Perdana kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim serta Tokoh Maulidur Rasul kepada Maulana Abdul Hamid bin Hj Chin, Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Haji Laman bin Haji Yasim, Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir, Muhammad Mikhael Sathayah, Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin dan Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin.

Fb- Anwar Ibrahim

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *