
25 Ogos 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat kawalan dan kesiapsiagaan di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand susulan lebih 50 insiden keselamatan yang dilaporkan melibatkan tiga wilayah di Selatan Thailand, termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar.
“Keselamatan sempadan dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Kesiapsiagaan pasukan keselamatan akan terus diperkukuh bagi memastikan kedaulatan serta keamanan negara sentiasa terpelihara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail turut menasihati rakyat Malaysia supaya menjauhi kawasan konflik berkenaan buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan, khususnya kepada mereka yang merancang perjalanan ke Selatan Thailand.
PDRM akan terus memperkukuh pemantauan serta kawalan di kawasan sempadan sebagai langkah kesiapsiagaan dalam memastikan sebarang perkembangan keselamatan dari negara jiran tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.
50+ insiden keselamatan | 3 wilayah | Kawalan sempadan dipertingkat
Sumber: Ketua Polis Negara, 24 Ogos 2026
