PESANAN PMX: GENERASI MUDA MAHU SUASANA LEBIH BEBAS, TERBUKA

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2026 – Negara yang ingin terus maju perlu menerima kenyataan bahawa generasi muda hari ini mahukan suasana yang lebih bebas dan terbuka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keterbukaan itu bagaimanapun perlu bergerak seiring dengan nilai serta akhlak, khususnya dalam membentuk masyarakat yang seimbang dan berdaya maju.

Menurut beliau, acuan Timur wajar mengekalkan nilai akhlak dan budaya yang baik tanpa terperangkap dalam pendekatan neokonservatif.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan seni dan budaya tidak seharusnya dijadikan alat propaganda yang bersifat picisan atau murahan. Sebaliknya, bidang berkenaan perlu diberikan ruang untuk berkembang secara matang dan kreatif.

Beliau turut menyentuh keadaan industri seni yang tidak terurus dengan baik sehingga boleh menjadi satu tragedi serta memberi tekanan kepada kehidupan golongan seniman.

Pesanan itu menekankan keperluan mewujudkan keseimbangan antara keterbukaan generasi muda, pemeliharaan nilai dan akhlak, serta pembangunan industri seni dan budaya yang lebih tersusun – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *