Putra tutup karier SUKMA dengan emas Muay Thai

KLANG, 23 Ogos – Atlet Muay Thai Selangor, Putra Abdullah Mahmoud, menutup penampilan terakhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan kejayaan meraih pingat emas selepas menewaskan wakil Pulau Pinang, Muhamad Hakimi Nordin, 36-19 dalam final kategori lelaki 57 hingga 60 kilogram (kg), hari ini.

Putra menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil pengorbanan dan persiapan yang dilaluinya, termasuk menurunkan 12kg berat badan dalam tempoh dua bulan.

“Alhamdulillah, ini adalah SUKMA terakhir untuk karier dan saya berjaya dapat pingat emas. Banyak lagi perjuangan yang akan saya hadapi selepas ini dan saya tidak akan berhenti di sini,” katanya.

Selepas menamatkan karier SUKMA dengan emas, Putra kini menyasarkan kejohanan kategori bawah 24 tahun dan World Grand Prix.

Sementara itu, Selangor tampil dominan dalam final Muay Thai dengan meraih lima kemenangan menerusi kategori lelaki 54kg, 57kg, 60kg, 63.5kg dan 67kg.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *