
HULU TERENGGANU, 24 Ogos – Penggunaan dadah sintetik meningkat lebih 70 peratus, terutama di negeri Pantai Timur, meskipun jumlah keseluruhan kes penyalahgunaan dadah di negara ini menurun.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sebanyak 130,000 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding 134,000 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Golongan berusia 31 hingga 59 tahun mencatat jumlah tertinggi dengan hampir 93,000 kes, manakala kes melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas menurun kepada 3,229 kes berbanding 4,311 kes tahun lalu.
Di Terengganu pula, jumlah keseluruhan kes penyalahgunaan dadah berkurangan 1.33 peratus.
