PM Anwar terima Darjah Kerabat Laila Utama Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dalam majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, hari ini.

Pengurniaan itu membawa gelaran Dato Laila Utama dan disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Sebelum istiadat berkenaan, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyertai aktiviti mewarna batik anjuran Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) di Brunei.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *