




19 Ogos 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi tiga ulama besar dunia Islam di Nasyrul Quran, Putrajaya.
Menurut Anwar, beliau bersyukur kerana di celah-celah kesibukan jadual hariannya, dirinya masih diberi kesempatan menziarahi tiga tokoh berkenaan.
βAlhamdulillah wa syukrulillah,β tulis Anwar di laman Facebooknya.
Tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang diziarahi Anwar itu ialah:
- Tokoh Ulama Hadis Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mustafa al-Nadwi Al-Hasani;
- Syeikh Qurraβ Dunia, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqriβ Syeikh Dr. Ahmad Isa Al-Maβsarawy; dan
- Grand Custodian bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Fadhil Al-Syeikh Maulana Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.
Tambah Perdana Menteri, dalam kesempatan berziarah itu, selain bertanya khabar, beliau juga mengambil kesempatan memohon nasihat dan doa, serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di negara ini.
βSemoga kunjungan para ulamaβ ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama, serta memperkukuh usaha kita membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian, insya-Allah,β katanya.
