PESANAN SAIFUDDDIN NASUTION ISMAIL

EKONOMI BUKAN SEKADAR TUMBUH, TETAPI SEDANG SEMBUH

MELAKA , 16 Ogos 2026 – Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa pencapaian ekonomi negara perlu dinilai bukan semata-mata berdasarkan pertumbuhan ekonomi, tetapi turut melalui sejauh mana dasar dan tindakan kerajaan memberi perubahan nyata kepada kehidupan rakyat.

Beliau berkata semasa berucap di Kongres Konvesyen KEADILAN di MIT Melaka, ekonomi negara bukan sekadar menunjukkan pertumbuhan, malah sedang melalui proses pemulihan yang perlu diteruskan dengan pembaharuan, tadbir urus yang baik serta dasar yang berorientasikan kepentingan rakyat.

Dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN, beliau turut menekankan bahawa parti tidak wajar terperangkap dalam politik identiti dengan menjadikan persoalan kaum, agama dan kelompok sebagai ukuran utama perjuangan politik.

Sebaliknya, KEADILAN perlu memilih “gelanggang prestasi”, dengan membolehkan rakyat menilai parti berdasarkan kerja yang dilaksanakan, keberkesanan dasar kerajaan serta perubahan yang dapat dirasai secara langsung dalam kehidupan seharian.

Saifuddin turut menegaskan bahawa bantuan kepada rakyat perlu berasaskan keperluan dan tidak didasarkan kepada kaum, agama atau kecenderungan politik penerima. Pendekatan tersebut penting bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak tercicir daripada jaringan perlindungan sosial kerajaan.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa perjuangan membanteras rasuah dan penyelewengan tidak boleh dikompromi. Amanah rakyat perlu dipelihara dan sebarang bentuk pengkhianatan terhadap amanah tersebut mesti ditangani tanpa mengira latar belakang atau kedudukan pihak yang terlibat.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah kerajaan akhirnya bukan diukur berdasarkan tempoh seseorang atau sesebuah parti memegang kuasa, tetapi melalui perubahan positif yang berjaya dibawa kepada kehidupan rakyat sepanjang tempoh amanah tersebut diberikan.

Pendekatan berteraskan prestasi, keadilan sosial, integriti dan keberanian membanteras rasuah perlu terus menjadi asas perjuangan bagi memastikan pentadbiran kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail,

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *