
15 Ogos 2026
Dua mangsa yang maut dalam nahas di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, petang semalam dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya berumur 12 tahun.
Kereta dinaiki kedua-dua mangsa dihempap lori tangki yang membawa 32,000 liter diesel dan petrol sebelum kedua-dua kenderaan terbakar.
Pemandu lori berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan ringan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan oleh polis.
