RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP NAIB CANSELOR DAN KEPIMPINAN TERTINGGI UTM SERTA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YRZSNJ

11 Ogos 2026

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap Prof Ts Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Hishamuddin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Turut hadir, daripada Kepimpinan Tertinggi UTM, Prof Ts Dr Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Prof Ir Ts Dr Zaini Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan); Prof Dr. Mohd Shahrizal Sunar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Hadir sama, Dr Mohd Hilmi Ramli, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS) dan Prof Madya Dr Farhana Diana Deris, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UTM.

Pertemuan selama dua jam bersama Seri Paduka Baginda memfokuskan kepada perancangan dan pengisian program-program ilmiah yang bakal dianjurkan menerusi kerjasama UTM dan YRZSNJ tahun ini serta tahun depan.

Sesi mengadap pada hari ini (11 Ogos) bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *