KOTA KINABALU, 7 Ogos – Jenazah ketiga-tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik petang semalam akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing selepas proses bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita RTM di Jabatan Perubatan Forensik, Unit Forensik Patologi, Hospital Queen Elizabeth.

Menurutnya, proses bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah dijalankan serentak bermula pukul 8.30 pagi tadi.

Katanya, dua jenazah akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk disolatkan sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, jenazah Koperal Chiu Teck Siong akan dihantar pulang ke Sarawak menggunakan khidmat Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wartawan: Serina Olivia Chong

Layari laman portal berita.rtm.gov.my .

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *