
25 Julai 2026
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil serius insiden
pergaduhan melibatkan sekumpulan murid seperti yang tular dan
dilaporkan media baru-baru ini.
Insiden ini sedang berada dalam siasatan pihak polis.
JPN Selangor
memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.
JPN Selangor tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku keganasan
yang melibatkan warganya.
Tindakan tegas akan diambil ke atas
mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Pada masa yang sama, intervensi bimbingan dan kaunseling turut
dilaksanakan kepada murid yang terlibat.
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan
menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
Perbuatan menyebarkan identiti
kanak-kanak bawah umur yang terlibat dalam kes ini adalah salah di bawah
peruntukan undang-undang.
