
23 Julai 2026
KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM24.35 juta bagi Projek Naik Taraf Pasar Baru Ampangan dan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat di Seremban, Negeri Sembilan untuk menyediakan kemudahan yang lebih bersih, ceria, selesa dan mesra pengguna.
Projek ini menyediakan ruang niaga yang lebih kondusif serta kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat bagi meningkatkan keselesaan peniaga dan pengunjung. Kemudahan lain yang turut disediakan termasuk gerai basah dan kering, dewan serbaguna, surau, tandas, landskap serta kemudahan sokongan yang lebih lengkap.
KPKT komited menyediakan kemudahan awam yang berkualiti demi kesejahteraan rakyat. Kemudahan awam yang berkualiti mencerminkan kesejahteraan komuniti serta meningkatkan imej bandar.
