
19 Julai 2026
đŹ âKDN akan terus memastikan setiap proses pemulihan dan semakan dilaksanakan secara berintegriti, berlandaskan undang-undang serta mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak demi membina masa depan yang lebih baik.â
â YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia komited memastikan setiap individu yang ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 menjalani semakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun, selaras dengan kehendak Seksyen 97(4) Akta Kanak-Kanak 2001. Mekanisme ini dilaksanakan bagi memastikan proses pemulihan, kebajikan dan keadilan terus diperkasakan melalui pemantauan berkala oleh Lembaga Hakim Pelawat.
Antara fakta utama:
â 40 orang banduan lelaki sedang ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (setakat 12 Jun 2026).
â 100% daripada 40 individu tersebut telah menjalani semakan tahunan bagi tahun 2026, selaras dengan kehendak Seksyen 97(4) Akta Kanak-Kanak 2001.
â Semakan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun, bermula daripada tarikh perintah tahanan dikuatkuasakan sehingga individu berkenaan dibebaskan atau perintah tahanan ditamatkan.
KDN akan terus memperkukuh sistem pemulihan negara yang berpaksikan kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik serta pendekatan berteraskan kebajikan demi memastikan setiap proses dilaksanakan secara telus, adil dan berkesan.
Sumber: Pertanyaan Lisan, Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 14 Julai 2026.
