DANA KANDUNGAN KREATIF (DKK) INDUSTRI MUZIK 2026 PERKASA EKONOMI JINGGA TEMPATAN KUALA LUMPUR

15 Julai 2026 –

Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) hari ini membuka permohonan bagi Program Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026 yang menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta bagi merancakkan pembangunan industri muzik tempatan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026 ini merupakan program geran yang dinantikan oleh para penggiat industri kreatif tempatan sebagai program ekonomi kreatif strategik yang dapat memacu ekosistem muzik tempatan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Dalam tempoh tiga (3) tahun pelaksanaan, program ini telah memberikan sokongan menerusi peruntukan lebih RM 45 juta kepada 11,400 penggiat muzik tanah air.

Permohonan DKK Industri Muzik 2026 akan mula dibuka pada Rabu, 15 Julai 2026 untuk lapan (8) kategori utama iaitu:- i. ii. iii. iv. v. vi.

Dana Kebolehpasaran: Muzik Mikro (tarikh tutup permohonan pada 14 Ogos 2026) Dana Persembahan Muzik: Konsert Muzik; Dana Persembahan Muzik: Gig Muzik; dan Dana Kebolehpasaran: Inkubator Lestari Muzik (ILMU). (tarikh tutup permohonan pada 14 September 2026) Dana Persembahan Muzik: Festival Muzik; dan Dana Kebolehpasaran: Cipta Karya. (tarikh tutup permohonan pada 14 Oktober 2026) vii.

Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa; dan viii. Dana Pemasaran dan Promosi Domestik. (tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2026).

1 UNTUK SIARAN SEGERA Pelaksanaan DKK Industri Muzik 2026 ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa penggiat industri kreatif termasuk pemuzik, artis, penulis lagu dan entiti produksi muzik Malaysia untuk membangunkan projek dengan skala lebih besar di pasaran domestik mahupun antarabangsa, sekali gus memperkasakan pembangunan ekonomi jingga negara. Maklumat lanjut mengenai https://www.mycreative.com.my/grants. Dikeluarkan oleh: MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *