
12 Julai 2026
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil perhatian serius mengenai penularan video berkaitan insiden yang melibatkan salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang baru-baru ini.
Insiden ini sedang berada dalam perhatian pihak Polis dan JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.
JPN Selangor tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid. Tiada siapa yang akan dilindungi. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan diambil tindakan tegas selaras dengan peraturan sedia ada.
Orang ramai dinasihatkan agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
