πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπˆπ‹π€ππ† πŒπ„πŒππ‘πŽπ’π„π’ 𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πŽππˆπŠ (𝐄-𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄) πƒπˆ π“π„π‹π”πŠ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, πŠπ”π€π‹π€ 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

7 Julai 2026, Kuala Langat – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang bersama Unit Gempur Marin dan Unit Risikan Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah menjalankan operasi bersepadu ke atas sebuah premis yang disyaki memproses e-waste tanpa lesen di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Hasil siasatan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti peleraian e-waste yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW110 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 tanpa sebarang kelulusan daripada JAS. Siasatan turut menemui beberapa tan bateri terpakai di premis tersebut. Persampelan rasmi telah dijalankan untuk analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia selanjutnya.

Arahan lapangan telah dikeluarkan dan tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) telah dikenakan terhadap premis. Kertas siasatan juga akan dibuka atas kesalahan-kesalahan berkaitan tiadakelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), tiada lesen premis, tiada kebenaran bertulis dan menempatkan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekeliling. Pihak MPKL turut mengambil tindakan dengan menyita premis kerana telah beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Jika sabit kesalahan, hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10,000,000.00 boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak bagi kesalahan berkaitan buangan terjadual.

Hentikan aktiviti pemprosesan e-waste tanpa kebenaran! Patuhi undang-undang!

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *