KEMENTERIAN DIGITAL MULAKAN LIBAT URUS CADANGAN RANG
UNDANG-UNDANG TADBIR URUS KECERDASAN BUATAN (AI)

PUTRAJAYA, 10 Julai 2026 – Kementerian Digital melalui Pejabat AI Kebangsaan
(NAIO), memulakan sesi libat urus sepanjang Julai 2026 bagi memperincikan
cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI).

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkenalkan
serta meningkatkan kefahaman mengenai kerangka tadbir urus yang akan menjadi
asas kepada cadangan RUU tersebut.

Sesi libat urus ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai kerangka tadbir urus
AI, menggalakkan dialog yang konstruktif serta mendapatkan pandangan dan
mengumpul maklum balas daripada agensi kerajaan, industri, sektor perniagaan, ahli
akademia serta orang awam.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk
merangka tadbir urus AI yang seimbang, praktikal, dan kalis masa hadapan.

Langkah
ini penting bagi menyokong ekosistem teknologi yang selamat, bertanggungjawab,
serta boleh dipercayai dalam pembangunan dan penggunaan AI di Malaysia.

Berlandaskan penandaarasan antarabangsa, kajian teknikal, dan sesi awal bersama
pihak berkepentingan, sesi libat urus ini menandakan fasa seterusnya dalam
penggubalan dasar.

Proses ini amat penting bagi memastikan RUU yang dicadangkan
mengambil kira kepelbagaian pandangan, perkembangan teknologi terkini, serta
keperluan pelaksanaan merentas pelbagai sektor.

RUU ini bakal menjadi kerangka perundangan merentas sektor (horizontal legal
framework) pertama di Malaysia yang khusus untuk tadbir urus AI.

Ia akan
menyediakan set prinsip bersama yang melengkapi undang-undang sedia ada, sekali
gus menyokong ekosistem AI yang holistik merentas pelbagai sektor.

Kerangka ini menggunakan pendekatan berasaskan risiko dengan mengambil kira
ancaman AI yang boleh muncul pada mana-mana peringkat dalam kitar hayat
sistemnya.

Oleh itu, tanggungjawab tadbir urus akan diagihkan mengikut peranan dan
tahap kawalan pihak yang terlibat.

Selain itu, langkah pencegahan seperti sistem
pelaporan insiden, perlindungan yang bersesuaian, dan penubuhan sandbox AI turut
digalakkan bagi menyokong inovasi yang selamat seterusnya memperkukuh
keyakinan awam.

Mengulas mengenai peranan RUU tersebut di Parlimen pada 24 Jun 2026, Menteri
Digital, YB Gobind Singh Deo menegaskan bahawa ia tidak akan mengawal selia
output AI secara langsung.

Sebaliknya, isu berkaitan kandungan yang melanggar
undang-undang kekal ditangani di bawah akta serta kerangka kawal selia sedia ada.

Susulan sesi libat urus ini, Kementerian Digital akan melaksanakan sesi konsultasi
awam melalui Portal Konsultasi Awam Bersepadu (Unified Public Consultation – UPC)
yang boleh dicapai melalui pautan berikut: https://upc.mpc.gov.my bermula pada 10
Julai 2026.

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai, sektor
perniagaan, dan organisasi untuk mengemukakan pandangan sebelum RUU tersebut
dimuktamadkan.

Kementerian Digital kekal komited untuk membangunkan RUU ini menerusi proses
yang telus, inklusif, dan konsultatif.

Melalui penglibatan berterusan bersama pihak
berkepentingan dan masyarakat, Kerajaan MADANI beriltizam untuk merangka tadbir
urus yang mencerminkan kepelbagaian pandangan, memberikan kejelasan kawal
selia, serta melindungi kepentingan awam. Langkah ini penting bagi menyokong
inovasi yang bertanggungjawab, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia
sebagai hab AI yang dipercayai dan berdaya saing di peringkat global seiring hala tuju
Ke Arah Negara AI 2030.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:
Kementerian Digital.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *