
10 Julai 2026
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka memandang serius insiden
melibatkan murid mengejar tiga rakan menggunakan pisau kecil yang
berlaku di sebuah sekolah di negeri ini.
Tindakan pantas pihak sekolah berjaya mengelak perkara lebih serius,
sekaligus memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Siasatan
dalaman sedang berjalan termasuk untuk meneliti sebarang unsur
provokasi dalam kejadian ini.
Hukuman tegas akan dikenakan terhadap
murid yang didapati bersalah.
JPN Melaka telah mengarahkan semua sekolah di negeri ini untuk
meningkatkan pemantauan keselamatan.
Ini termasuk dengan
melaksanakan pemeriksaan mengejut dan menggunakan alat pengesan
logam.
Penguatkuasaan larangan membawa peralatan tajam ke sekolah perlu
dipatuhi.
Murid dan ibu bapa serta penjaga akan sentiasa diingatkan
berkenaan peraturan ini.
JPN Melaka pada ketika ini memberi tumpuan untuk mengenalpasti secara
menyeluruh kesihatan mental dan emosi murid termasuk murid yang
sedang menjalani rawatan dan memerlukan sokongan psiokososial.
Program Minda Sihat yang merangkumi pelaksanaan proses saringan
berkala, sesi kaunseling dan program intervensi akan terus diperkukuhkan
untuk menyokong kesejahteraan murid.
TAMAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
10 JULAI 2026
