Thailand lulus RUU Pengampunan

BANGKOK, 8 Julai – Parlimen Thailand telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengampunan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 aktivis politik yang disabitkan kesalahan sepanjang 20 tahun lalu.

RUU ini merangkumi tempoh dari 1 Januari 2005 hingga 16 Julai 2025, menjadikannya pengampunan terbesar dalam sejarah negara itu.

RUU tersebut bertujuan untuk mengembalikan hak politik aktivis, membolehkan mereka bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan awam semula.

Bagaimanapun, undang-undang berkenaan tidak merangkumi pesalah kes rasuah dan pelanggaran undang-undang menghina institusi diraja.

RUU berkenaan kini hanya memerlukan perkenan Raja Thailand sebelum dikuatkuasakan.- AFP

Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *