𝐏𝐌 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐈𝐁𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

9 Julai 2026

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesawat khas yang membawa Anutin dan isterinya Thananon Charnvirakul, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 11.11 pagi.

Ketibaan mereka disambut Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga menteri pengiring sepanjang lawatan itu.

Setibanya di Sepang, Anutin diberikan sambutan rasmi oleh kawalan kehormatan melibatkan 34 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1RRD), diketuai oleh Mejar Muhammad Nur Addeen Mustaza.

Sumber : Bernama
Sorotan : Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *