PM bertemu Li Qiang, perluas akses pasaran durian ke China

MUAR, 6 Julai – Malaysia akan memanfaatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China bagi memperluas akses pasaran durian tempatan, sekali gus membantu meningkatkan permintaan dan menstabilkan harga raja buah itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibawa dalam meja rundingan bersama rakan sejawatannya dari China, Li Qiang yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Langkah berkenaan susulan kejatuhan harga durian tempatan akibat lambakan hasil ketika ini yang menjejaskan pendapatan pekebun.

“Saya pergi Gambir untuk minum kopitiam. Dia (pekebun) tanya semua. Tidak bolehkah PM tolong bagi naik harga durian, import banyak ke China. Saya akan cuba. Ada durian baik, bagi saya bawa pergi China.”

“China punya standard tinggi, tinggi sangat tapi saya (akan cuba) runding. Sebab apa saya sebut begitu, senang saya boleh cakap. Sebab apa? Sebab China anggap kita kawan. Sebab itu di Malaysia, kita kena kawan dengan semua,” kata Perdana Menteri.

Beliau berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Muar malam tadi.

Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *