


5 Julai 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim , mengakhiri program di Johor bersama masyarakat Serom sambil menyeru para pengundi agar memberikan mandat kepada HARAPAN supaya ikhtiar membangunkan negeri ini dapat diteruskan secara lebih tersusun, meyakinkan dan berkesan demi manfaat seluruh rakyat.
Menuru beliau, pilihan raya bukan sekadar soal memilih parti atau individu.
” Yang lebih utama ialah menentukan haluan Johor untuk tahun-tahun mendatang serta masa depan yang ingin kita wariskan kepada anak-anak.
” Inilah masanya rakyat membuat pilihan yang akan mencorakkan kestabilan politik, mengukuhkan ekonomi, meningkatkan keyakinan pelabur, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menjamin kesejahteraan generasi akan datang, ” ujar beliau dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN πΊπ©
