
KULAI, 4 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pengundi Johor, termasuk mereka yang berada di luar negeri dan Singapura, untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.
Menurut Perdana Menteri, setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju negeri dan masa depan generasi akan datang.
“Rakan-rakan dan anak-anak yang berada di Singapura, baliklah untuk mengundi. Ini masa depan kamu. Anak-anak Kuala Lumpur juga perlu pulang untuk mengundi.
“Kalau kita tidak mengundi, orang tidak akan menyokong kita, dan kita yang rugi. Ini bukan selalu, hanya empat atau lima tahun sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Kita Genk MADANI X Anak Muda Bukit Batu di sini.
Tambah Datuk Seri Anwar, pihaknya sentiasa bersedia mendengar pandangan dan kritikan rakyat, namun meminta agar diberi ruang dan masa untuk melaksanakan pembaharuan yang dirancang.
Meskipun baharu beberapa tahun mentadbir, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, termasuk penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.
Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani
