
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah negara tersebut.
Dalam catatan di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengutus surat bagi tujuan itu sebagai mewakili keranaan dan juga rakyat Malaysia.
“Saya menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang telah membentuk kemajuan negara itu berteraskan kekuatan tamadun, sejarah dan nilai-nilai yang diwarisi sejak sekian lama.
Saya juga mengimbau keputusan bersejarah Malaysia pada 31 Mei 1974 sebagai negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf Republik Rakyat China.
“Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad,” katanya.
Menurut Anwar lagi, Malaysia akan terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.
