๐Ÿฏ๐Ÿด ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—›๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—œ๐—–๐—ค๐—ฆ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—œ๐—ง๐—”๐— 

๐—ฆ๐—ถ๐—ธ, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah terus memperkukuh komitmen penguatkuasaan undang-undang apabila seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Thailand telah dipindahkan ke negara asal melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Kesemua mereka terdiri daripada 22 lelaki, 13 wanita, 1 kanak-kanak lelaki dan 2 kanak-kanak perempuan. Mereka sebelum ini telah ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah dan telah selesai menjalani hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan.

Sebagai langkah tegas dan berterusan, kesemua PATI yang terlibat turut disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia bagi menghalang sebarang cubaan kemasukan semula ke negara ini pada masa hadapan. Operasi pemindahan ini telah diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen, Tuan Adam Hamidi Auliyad bin Mohd Amran, dengan bantuan enam orang pegawai lain-lain pangkat.

Program penghantaran pulang ini merupakan sebahagian daripada operasi penguatkuasaan berterusan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam memperkukuh pematuhan undang-undang imigresen, di samping membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin secara menyeluruh dan berterusan di negara ini.

Orang ramai disaran mengikuti perkembangan dan maklumat terkini Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui media sosial dan portal rasmi dengan klik โ€˜Like, Follow, Subscribe & Shareโ€™ di:
https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di:
http://eapp.imi.my/spo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *