
KULAI, 27 Jun 2026 â Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesiapsiagaan operasi di semua pintu masuk utama negara bagi memastikan pergerakan rakyat berjalan lancar, selamat dan teratur menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai 2026.
đŹ âKDN sentiasa mengutamakan kelancaran perkhidmatan kepada rakyat melalui persediaan awal, penyelarasan menyeluruh dan tindakan proaktif. Setiap langkah yang diambil bertujuan memastikan keselamatan negara terus terpelihara tanpa menjejaskan kemudahan rakyat.â
â YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sebagai langkah proaktif, KDN telah menggerakkan pasukan khas melibatkan pelbagai agensi bagi memperkukuh koordinasi operasi di pintu masuk negara, khususnya di Tambak Johor. Persediaan ini termasuk pelan mitigasi yang komprehensif bagi memastikan kesinambungan operasi sepanjang proses peralihan sistem daripada Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) kepada Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe).
Pendekatan Smart Enforcement yang diterapkan memberi tumpuan kepada penyelarasan operasi, penggunaan teknologi serta tindakan pantas bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kekal cekap dan berkesan. Pada masa yang sama, pendekatan People-Centric terus menjadi keutamaan dengan pelbagai ikhtiar dipertimbangkan bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia yang berulang-alik antara Johor dan Singapura.
KDN akan terus memperkukuh kesiapsiagaan, mempertingkat koordinasi antara agensi serta memastikan setiap operasi dilaksanakan secara profesional, efisien dan berintegriti demi menjamin kelancaran pintu masuk negara serta kesejahteraan rakyat.
Sumber:
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Kulai, Johor
27 Jun 2026
KDN
