



29 Jun 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Undang-Undang Indonesia, Supratman Andi Agtas dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perundangan, tadbir urus serta pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama.
PMX berharap , semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan Indonesia.
