Pesta JomLokal TikTok: Lokal Jaga Lokal Perkasa Usahawan Tempatan

AMPANG, 30 Jun 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Sidang Media sempena Pesta JomLokal TikTok: Lokal Jaga Lokal bagi memperkukuh usaha mempromosikan produk tempatan serta memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi platform digital.

Program tersebut akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali, pada 30 Jun 2026 (Selasa) di The Campus, Ampang, Selangor, bermula jam 2.30 petang.

Majlis akan dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat dan pengamal media, diikuti ketibaan Menteri pada jam 3.00 petang. Atur cara turut merangkumi nyanyian Negaraku, bacaan doa, ucapan pembukaan oleh wakil TikTok Shop, ucapan Menteri, gimik perasmian Pesta JomLokal serta Pelancaran Jualan Ihsan RAHMAH, diikuti penyampaian token penghargaan dan sesi lawatan (walkabout).

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KPDN dalam memperluaskan akses pasaran digital kepada usahawan tempatan di samping menggalakkan rakyat menyokong produk buatan Malaysia melalui kempen “Lokal Jaga Lokal”. Inisiatif ini juga dijangka menjadi platform strategik bagi memperkukuh ekosistem e-dagang negara serta merancakkan ekonomi domestik.

KPDN turut mengalu-alukan kehadiran pengamal media untuk membuat liputan program berkenaan bagi menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat mengenai inisiatif memperkasakan produk tempatan dan manfaat yang ditawarkan kepada usahawan serta pengguna.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *