Perancis catat hari paling panas sejak rekod bermula

PARIS, 24 Jun – Perancis mencatatkan hari paling panas sejak suhu mula direkodkan pada tahun 1947, menurut agensi cuaca kebangsaan negara itu.

Gelombang haba maut telah melanda Perancis sejak minggu lalu, mengganggu kehidupan harian dan memaksa penutupan lebih awal beberapa tarikan pelancongan utama di Paris iaitu Menara Eiffel dan Muzium Louvre.

Jabatan Meteorologi Perancis memaklumkan, purata suhu yang direkodkan di 30 stesen cuaca mencecah 29.8 darjah Celsius.

Rekod sebelumnya ialah 29.4 darjah Celsius, yang dicatatkan pada 25 Julai 2019 dan 5 Ogos 2003.

Agensi cuaca itu turut memaklumkan bahawa banyak rekod suhu telah dipecahkan di bahagian barat Perancis.

Perancis juga mengalami malam paling panas dalam sejarahnya dari Isnin hingga Selasa.

Penunjuk suhu kebangsaan mencapai 21.6 darjah Celsius, berdasarkan angka awal yang direkodkan pada pagi Selasa.

Rekod terdahulu ialah 21.4 darjah Celsius, yang dicatatkan pada 25 Julai 2019.

Menurut data, daripada 52 gelombang haba yang direkodkan di seluruh negara sejak 1947, 35 daripadanya berlaku sejak tahun 2000 manakala 27 kejadian sejak 2011.

Para saintis mengaitkan peningkatan kekerapan gelombang haba tersebut dengan perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia.

Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *